Tuesday, May 21, 2013

Ehem..ehem...akhirnyaaa...

Pertama2 sekali, aku minta maaf pada 2org readers yg email aku pasal pakej spa thistle tu..janganlah anda berdua memarahi diriku ini..hihihihi.

Sebenarnya, harapan untuk aku pegi spa tu tipis dan kecik, sekecik mikroorganisma. Aku call spa tu 2 minggu sebelum, utk buat appointment. Tapi, dia kata, wiken mmg xboleh.Full. kalau nak pun weekdays aje. Slot plak pukol 11pagi, 2ptg dan 4petang.Celah mananya aku nk buleh pi. Speckybee kan keja. Anak2 aku nk campak kt mana. Mula2, lepas call tu, aku teriak. Sobbsssss...sobsssss dalam bilik ayaq. Besala, neuron otak aku xbapa nk aktif kalo xmenangis.

Pestu, timbulla mentol menyala atas kepala nk letgo, pestu nk kenen speckybee pakej spa yg lain.Kurangla skit marah dia kut sbb xkerugian, pikir kepala otak geligaku.Pestu aku pun publishlaa entry letgo. Pestu esok tu, tumbuh lg mentol menyala atas kepala, why not aku gunakan kelebihan mengayat aku untuk dapatkan jugak pakej tu? Gilaa weh, pakej tu rega ratus2, aku beli 68 saja.susah nk dpt dowh.

Maka, aku beranikan diri, sms lagi, pestu talipon boss spa tu.Wakakaka! Tanpa jemu! Mera nam Noorhanis Tanius.Kalo aku nak, nak jugak2.Tak kirala apa jadi pun.

Mula2 aku ingat xde org nak pakej tu, tu yg menguatkan lg semangat waja aku pujuk boss spa tu utk bg jugak 1 slot kt aku.Last2, bila boss spa tu kata, dia boleh arrange 1slot spa kat aku hari ahad, gila melompattt laaa aku. Itu yg aku email balik korang berdua tu.kihkih..ampunkan hamba penunggu gua.

Reception. Spa ni dok dalam gym hotel tuh.

Akhirnya, ari senin, pukol 2 petang, terpacakla si gemok ini dpn thistle hotel tu. So, review aku, yeahh, bestt! Pakej aku aromaterapi. Scrub satu badan, masking, pestu mandi. Pas mandi, wahhh...punyalah halus mulus kulitku ini terasa. Lama dah aku xmandi lama2 sejak dari beranakkan si bam2.

Ruang nak masuk spa..Ada bau2 aromaterapi, alah, cam besa la..lagu2 gamelan apa tu.

Lepas tu, barula start aromatherapy massage. Ada part yg sakit sbb akak tu kata urat aku bersimpul2. Dia suh jgn buat keja berat2. Err..aku ada buat keja berat2 ke ar? Makan berat2 tu adala.Kihkih.
Lepas massage, rasa lega betul. Beranak setahun sorang sangatt sangatttt memenatkan,anda tahu?  Pestu, dh siap2,  boleh lepak kt depan mkn kek dgn lemon tea.Sementara tunggu org tu siap2kan bil apa tu.

Ruang untuk rilex2, minum lemon tea..

Aku rasa, berbaloi baloi sangat pegi sbb aku tgk, hrga pakej2 kt situ, boleh pitam. Biasanya, vvip yg selalu stay kt situ, pegi gym and spa.  Keluar dari spa tu, rasa mcm badan dh bertukar jd rozita che wan.kahkah!
Pada aku, sapa2 yg nk try, aku sokonglah. Mmg best dan therapist pun profesional. Akak therapist tu pun kaki spa, pegi sweden, pegi aussie, merata2lah, semata2 untuk spa aje.No wonder stail dia pun pro.

Wiken ni insyallah kami sekuarga akan pegi vacation kt Pangkor. Speckybee ada reunion dgn geng2 engineer dia masa study dulu. Sambil sambut besdei aku la kononnya. Tah hapa yg best kt Pangkor tu pun aku xtau. 5 tahun aku hidup kt tepi pantai yang diwartakan antara yang tercantik di dunia, punnnn aku xada perasaan. Aku dh warning dia awal2. Pastikan vacation ni best, sbb pegi time besdei aku. Kalo tak, merasala rempanan aku sepanjang hidup dia. Macam kes besdei aku umor 18 tahun ritu. Sampai mati aku xbuleh lupa. Aku ungkit sampai anak 3 ni. Huh!

Doakan kami selamat pegi dan balik... :) hiihihihi...


Nah, untuk yang nak tengok gambar latest bom2. Hari ni baru masuk 5bulan, berat nk cecah 8kilo. Pukoi habis rekod kakak2 dia, dan 2 org anak jiran aku yang beranak lebih kurang dgn aku tahun lepas. Ya, dia minum susu badan saja. Alhamdulillah....murah rezeki. Mai la beli Shaklee dengan aku. Aku consult.Hehe.

Gambar ni berkaitan jugak skit dengan gambar yg di atas. Gambar aku dukung bom2 tu masa aku pi tesco sabtu lepas. Pi Tesco, tengok buku yg aku usha selama ni, dari harga 109.90, jadi 19.90, pestu RM9.90. Melompat aku ambik. Haha! Tadi tengok kt MPH online, rega RM 55/++.. Pi tesco cepat oiii!!

Friday, May 10, 2013

Thistle Spa Package to let go.

Aku beli pakej ni last month. Konon2 nak reward diri sendiri sebab penat buat keja rumah. Tapi sampai sekarang, tak dapat2 masa nak pegi. Balik kampung lah, skolah anak ada sukan lah, itu lah, ini lah.. Ni bulan ni Speckybee maybe nak kena pegi luar malaysia ke pulak tah. Pastu, nk kena pegi reunion dia dekat Pangkor. Anak2 aku aku nk lempaq mana kan. Aku dah tak nampak cahaya langsung nk pegi ke Spa ni. Sobbbs!

Maka dengan ini, aku ingat nak let go lah. Dari burn mcm tu saja. Rugi siot sapa xpegi. Ni bukan tahap spa biasa2, ni Spa kt Hotel. Dijamin puas hati. So, sapa2 org JB, yang ada masa, boleh lah...contact aku kt 0193297199.

So, here it is. Sapa2 yg bayar dulu, aku emailkan voucher. Aku nk letgo 65ringgit saja. .Nak hadiah kt diri sendiri ke,untuk mak ke,wife ke, awek ke,adik angkat ke, sapa2 lah. Pakej ni untuk lelaki dan perempuan. Sapa2 pun buleh. Cepatttt! Rugiii kalau tak dapat offer yg julung2 kalinya ni. Dah, aku nk pegi menangisi hidup aku yg xde rehat ni.



 [84% Off] 2-Hr Aromatic Full Body Massage + Body Mask + Body Scrub at Singgahsana Spa @ Body Works Fitness & Spa for RM68 instead of RM424. For men / women





Tuesday, May 7, 2013

Hitam

Terima email, dan pm dari readers yg nak kan pendapat aku pasal pru13. Aku nk kata apa? Aku ni bukan siapa2.aku cuma rakyat marhein.surirumah yg sibuk besarkan 3org khalifah Allah.

Darah aku biru.begitu juga mak ayah aku dan kaum kerabatku.Si hijau aku tentang. Tapi minta maaf, aku tidak cukup jumud seperti kebanyakkan biru.

Aku setuju hudud. sebab aku islam.islam agama yg menyelimut tubuhku sebaik saja aku menjengah dunia. Ajaran islam, makanan rohaniku. Aku usahakan penuhi perintah Rabb.5waktu, puasa, dan cuba patuhi segala yg lain walaupun byk cacat tempangnya amalanku.ampunkan aku ya allah! Dan....hudud hukum Allah. Siapa aku nak pertikaikan realistik atau tidak hukum itu??

Aku pertikai dakwat kekal, selepas jariku dicalit.Bukan selepas tgk fb kwn2 yg mengundi awal. Susah sesuatu benda yg aku rasakan merepek nak pengaruhi aku. Bila dicalit, aku terkejut. Darah aku berderau. Apa ini? Meleleh, selekeh di tangan? Darah aku berderau sebab apa? Sebab aku takut yg perkara yg dikecohkan oleh si hijau ada depan mata aku.

Untuk pengetahuan, ketika pilihanraya umum tahun 2010 di sri lanka, aku berada di sana dan dapat menyaksikan  rupa dakwat kekal sebelum malaysia guna pakai.komposisi dakwat kekal sepatutnya standard.

Aku cuma bercakap tentang fakta. Tetapi, lembu biru cop aku sebagai pembangkang. Oh, baru aku tau, kt malaysia, kita kena angguk sahaja. Aku bercakap atas dasar sebagai rakyat yg membayar cukai. Ada juga cuba buat sarkastik otak senteng, kalo xpuas hati lepas ni, potong je jari, baru kekal. Hai,itu bukan solusi.

Aku cuma pertikai sebab aku membayar cukai, dan duit itu dibazirkan membeli perkara yang pada aku tidak berkualiti. Sebagai pembayar cukai, aku rasa tertipu. Sarkastik bodoh, suruh aku jadi pembekal dakwat yang diimport dari sri lanka. Aku ketawa kecil.bukan sebab sarkastik bodoh itu menjadi, tapi aku terfikir kalau dia main game what's my iq, mesti xlepas lepas waima stage ke 3 pun. Itu juga bukan solusi.

Hujung hujung bila dah terdesak tak ada point, tanya berapa tax aku bayar.pada aku, jumlah tak penting.yang penting ialah pemahaman apa itu tax atau cukai. Cukai adalah duit yang diamanahkan oleh rakyat untuk menggerakkan kerajaan.jadi semua rakyat malaysia patut tahu ke mana wang pergi.kalau bab cukai rakyat tak payah ambil tahu, apa guna bentang bajet negara tiap2 tahun. Perkara ini tak semestinya org yg belajar ekonomi sahaja yg perlu ambil tahu. Yg belajar kejuruteraan, perubatan, dan seluruh rakyat malaysia patut tahu. Ini asas. Takda sapa suruh kau buat calculation makro, mikroekonomi yang rumit. Berdasarkan jawapan2 kau di atas tadi pun aku yakin kau xmampu buat soalan pertama subjek microeconomy diploma part 2 uitm.Pathetic.

Bila cuba bersuara, tiba2 dicop pembangkang. Kalah pengikut Mahendra Rajapaksa aih. Tak boleh tegur dah ke? Tak boleh argue? Maksum barangkali. kalau 30 juzuk dalam kepala semua pemimpin di malaysia, insyallah aku tunduk. Sebab aku sedar diri. Tapi kalau tak, kau sama mcm aku.

Tiba2 isu kaum yg direpekkan. Untuk keluarga yang terdiri dari kaum cina macam keluarga aku, macamna? Tolonglah.pernah buat karangan upsr?sila ulas ikut tajuk.aku tak bercakap pasal parti.aku bercakap sebagai rakyat malaysia.dan..tolong...tolong....bezakan kerajaan malaysia dan parti. Jangan malukan parti atas kedangkalan ilmu sendiri.

Bila tgk parti hijau semakin ramai ulama dan intelektual, aku pandang diri aku.Erkk? Aku tersalah buat pilihan ke? Hum....kalau mcm ni jawapan2 yg aku dpt dari penyokong parti aku, itu sgt kasihan.sangat menunjukkan kita di lembah kehancuran, suatu pengagungan kebodohoan yang memalukan. Bila tgk parti sebelah sana berhujah fakta, makin aku di sempadan.

Barisan Nasional, cubalah raih undi aku untuk pilihanraya berikutnya.sebelum ini, undi aku xperlu dirayu,aku rela hati memangkah kamu.untuk kesekian kalinya, cubalah raih undi aku.aku pula merayu.

Untuk melancarkan penghadaman tulisan aku (aku risau, sistem pencernaan lembu ni lain sikit) aku cuma kupas 2 point sahaja.hudud dan dakwat.yang lain2 malas. Mkn banyak2 lagi susah nk cerna.

Sekian terima kasih.

Oh, lupa.happy earthhour uolss.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...