Pernah dengar/tengok buku mengajar membaca BACALAH ANAKKU?
Pemes kan buku tu.Masa zaman adik bongsu aku kot mak aku dh belikan.Skang ni balik Malaysia, Uyin pakai buku tu kt skolah dia.
Okey,mula2 sekali aku nk bagitau, Uyin memang ada masalah membaca.Aku dapat detect masalah tu dari lepas dia masuk playschool masa umo 2tahun dan bila umo 4tahun benda tu nampak makin ketara.Aku pun dah aware dgn Dyslexia.Aku banyak study bab ni,dan cuba kesan tanda2 dia ikut perkembangan Uyin.Byk tanda yg aku dapat kesan.Sebenarnya, untuk kenalpasti dyslexia pun sgt sukar. Ada yg tahap mild dyslexia, ada juga yang bercampur dgn mild autism, hyperactive, dan mcm2 lagi pengelasan. Aku tak pasti kt mana silapnya. Masalah masa aku mengandung ke, ataupun kejadian yang menimpa kami pada Mac 2008 yg menyebabkan kami berkampung di wad neuro GH Penang,ataupun mmg kurniaan Allah pada kami untuk kami belajar sesuatu.
Kalau rajin bukak entry aku lama2 dulu,mesti familiar dgn kisah dan gambar ni.
Kenangan di GH Penang, semasa buat EEG video test.
Masa ni perasaan aku sebagai ibu betul2 teruji. Pipi xkering dgn air mata. Allah!
Senyumlah sayang! Pengubat hati ibu dan abah!
Tahun 2011, kwn blogger aku, Ana, ada buat entry mengenai tu, dan anak dia disahkan dyslexia lepas melalui ujian.Time tu baru aku rasa yg aku perlu take serious hal ni.
Lepas tu,aku discover,anak ex-officemate aku,Iwan pun ada problem yang sama.Jadi pada dia aku selalu buat rujukan. Kedua2 sahabat aku ni,dah pegi check up,dan dah disahkan anak masing2 menghadapi dyslexia. Cuma aku je berani2 takut nak pegi. Speckybee bila aku ajukan, dia kata,xpe,kita cuba dulu betulkan. So, aku terpaksa ikut, dan dalam masa yang sama ikuti perkembangan Uyin. Dalam pada tu, aku ada email pada beberapa kenalan aku yg ada medical background kt luar negara di US dan UK,minta pandangan dan join forum2 di dlm Malaysia mahupun di luar. Dan,yes,buat masa ni,aku cuba kaedah home schooling Uyin dulu.Aku org paling rapat dgn dia.Aku tau apa masalah dia, dan aku cuba untuk ajar dia dari hati ke hati sambil panjatkan doa tak henti2 pada Allah.
Aku ada bawa Uyin pegi check up kt klinik kesihatan,tapi kau taulah, klinik kesihatan..mmphh..aku malas nk comment mentality org2 kt situ, dia suruh aku tunggu sampai budak tu masuk sekolah rendah apa dulu. Pada aku,agak terlewat. Zaman sekarang, mostly budak2 akan masuk kindy @4/5 yrs dan belajar membaca. Sekarang bukan tahun 70an tunggu darjah satu baru nk belajar membaca.So,aku buat keputusan, aku,sebagai org yang lahirkan Uyin, akan usaha bantu dia. Hati kecik aku mmg tau dia ada masalah.
Nurin's handwriting at 4.
Kalau sapa2 masih ingat lagi, entry masa hari jadi Uyin baru ni, yg sebelum tu aku ada pukul dia.Masa tu aku rasa terlampau kecewa sangat2. Dia tetap tak boleh ikut buku bacalah anakku tu walaupun buku 1.Sebab buku tu pakai sistem,xpayah kenal huruf, cuma ingat bentuk dan hafal bunyi huruf. Memandangkan Uyin dari umo 1 tahun lebih aku dah ajar dia ABC maka, buku tu jadi tak relevan dgn dia.
Bila dah balik Malaysia,skolah sini pakai buku tu,jadi satu tekanan untuk dia.Tiba2 huruf M nak jadi mmm..dan dia langsung tak boleh nak sambung mmm.. dgn uuu.. supaya jadi MU.Mcm nk gila aku ajar dia. Aku refer pada wife Iwan,dia ckp, kt skolah khas tu,dorang mmg diajar bunyi huruf jugak. So,mcmana aku nk buat ni?Uyin akan jadi double confius dan makin teruk lagi lepas ni.
Tapi mcm biasa,bila ada Speckybee dekat dgn aku,barulah ktorg sama2 dapat solve problem. Selalunya,dari zaman skolah lagi gandingan kami berdua adalah gandingan mantap pemecah masalah.(voley gitu?) Kalo salah sorang je yg buat,xjalan sgt.hihi!Tu pasal jodoh aku dgn dia je kot. Speckybee naik bebal dengan buku tu.Mcm nk gila sebut mmm...bhhhhh...tapi Uyin still xpaham2 jugak. So, dia balik pada yg asal. Belajar mcam kita belajar zaman dulu2. Kenal huruf, then sambung dengan huruf vokal.
BA BI BU
CA CI CU......
Tiap2 pagi,Speckybee hantar dia pegi skolah, lagu tu la hari2 Uyin kena sebut sampai lah dia ingat. Lepas tu,ktorg pakai jugak buku Bacalah Anakku tu,tapi ikut cara ktorg.
Start buku 1,agak hazab skit.Then,slow2,hari2 aku ajar dia. Balik skolah, mkn nasik, tido, main petang, lepas maghrib, aku start ajar dia. Selang2 dengan Iqra'. Sambil masak pun aku ajar dia. Hari cuti lebih skit lah masa dia belajar. Janji istiqamah. Aku xnak pressure dia. Biar dia rasa fun untuk belajar membaca.
Dan,alhamdulillah, pada hari ini, umur dia 5tahun 1bulan, dia dah boleh membaca! Bukan setakat buku 1,2,3, malah dah sampai buku 7. Satu buku sehari je dia piap! Pergi jalan mana2 dia akan berhenti dan usaha membaca kt papan2 kenyataan.
Sekarang ni,dia dah mampu membaca, cuma kekeliruan yg dpt aku kesan kt dia adalah pada huruf b dan d, m dan w,g dan j.Itupun kadang2 dan aku akan tegur dia.
Uyin, ibu dan abah janji, akan sama2 dengan uyin lalui kesukaran2 tu. Mcm aku ckp tadi, buat masa ni, aku akan teruskan home schooling dan pembelajaran dari hati ke hati untuk Uyin. Aku tak rasa benda ni kekurangan. Aku anggap perkara ni satu proses penghasilan salah seorang genius dari Malaysia. Biarlah dia tak genius kt mata org, tapi kt mata aku dgn Speckybee, Uyin adalah budak genius to be. Aku rancang nak belikan dia satu encyclopedia nanti sebab dia selalu sangat tanya benda2 yg aku buatkan aku terpaksa study senyap2 mlm2 buta utk bg jawapan pada keesokkan hari. Dalam malaysia, tak ramai yang jadi neurologist, aku harap, dan kalaulah dia berminat, Uyin akan jadi salah seorang neurologist yg hebat! Amin...